Fibroid

By

FIBROID adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang PALING SERING MELANDA WANITA dan ia BUKAN KANSER. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroid

Ada yang tumbuh satu sahaja dan besar, ada yang banyak ketul,





Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan.

1. Lapisan paling luar lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. 

2. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

3. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.


Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang TIDAK BERKAHWIN atau LAMBAT KAHWIN dan juga yang berkahwin tetapi SUKAR MENGANDUNG dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.


Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.
  Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman. source



Di Shaklee, kami mencadangkan untuk mereka-mereka yg menghidapi fibroid utk mengambil GLA COMPLEX dan vitamin ACE iaitu CAROTOMAX(VIT A), VIT C, VIT E.

GLA COMPLEX akan bantu balancekan semula hormon2.
vit ACE pulak penting sebagai prevention daripada radikal bebas dan kes fibroid berulang.




hubungi saya utk maklumat lanjut

019-4771733
norhanita_my@yahoo.com
FB : Norhanita Mohd Yusof
fanpage FB : OSC-MBMB


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Post a Comment

Labels

ACE Advanced Joint Health Tablet aktiviti shaklee alfalfa complex antioksidan arthritis asma asthma atlit B-complex badan berasid batuk batuk kering / tibi bayi pramatang bengkak kaki berpantang berpuasa BMI bokitta buasir buku cabaran CarotoMax cawangan shaklee cepat hamil Chewable Vita-C 100 mg Cinch Energy Tea Mix cinch shake cinch shake mix cirit birit clogged duct Collagen Powder CoQ10 CoQHealth Plus cyst daftar ahli darah tinggi demam demam campak detox Diabetes diet DTX Complex e-book Ekzema endometriosis Energizing Soy Protein ESP ESP ~ Soy protein isolate powder FAQ fibroid for sale foremilk Garlic Complex gastrik gathering jutawan gemuk get clean water pitcher gigi dan gusi GLA Complex gout gula Halal hamil hb rendah healing crisis Herb-Lax Herbal Blend MultiPurpose Cream hindmilk Hubungan intim Suami Isteri hypertiroid hypotiroid ibu mengandung ibu menyusu bayi info info penyusuan info Shaklee interferon jana pendapatan dari rumah jerawat JJCM kalsium kanser kebas keguguran rambut kelebihan ahli shaklee kelemumur kencing manis kencing tak lawas kentut vagina keracunan makanan kesihatan jantung kesihatan kardiovaskular kesihatan sendi kesihatan umum kesuburan klinikal test kolesterol tinggi krisis pemulihan Kulit cantik Lecithin lepas bersalin makanan dalam pantang masalah keputihan Master celebration mata rabun Mealshake menyusu bayi Mighty Triple Gems Migrain milkbooster my life with shaklee National Conference Shaklee Nutriferon nutrisi kanak-kanak OmegaGuard order order DISINI Ostematrix osteoporosis pakej khas parut PCOS pendapatan sampingan penjagaan rambut Penyakit batu karang penyusuan Penyusuan Susu Ibu Performance Drink period tidak teratur perokok Petua phytocol ST pneumonia pori-pori besar power pumping produk promosi prosante psoriasis puasa puting tenggelam rabun silau rambut berminyak rangkaian pengedar shaklee rangkaian percutian relaktasi resdung resepi review suplemen Shaklee reward shaklee sakit kepala sakit sendi sakit tekak selingan selsema sembelit sendi senggugut Set Berpantang Shaklee set breastfeeding set Family wellness Shaklee set kesihatan wanita set kurus set men's vital health set wanita hamil silika gel Sistemik Lupus Erythematosus-SLE strok sukar hamil suplemen ibu menyusu bayi Suplemen dalam pantang suplemen kanak-kanak suplemen turunkan berat suplemen untuk kesuburan suplemen wanita hamil Sustained Released vitamin C susu formula susu ibu susu merudum susuibu tambah berat badan tambah pendapatan teknik lekapan tenaga testimoni testimoni berpantang testimoni collagen powder testimoni ibu menyusu testimoni kulit cantik testimoni kurus testimoni wanita hamil tips tips banyakkan susu ibu Tips Cantik tips ibu hamil tips melancong ibu hamil tips penyusuan tiroid tonsilitis tumit kaki merekah turunkan berat Vita-Lea Vita-Lea for Children vitamin B Complex vitamin E complex vitamin menambah tenaga vitamin untuk kanak-kanak vitamin untuk kulit cantik vitamin untuk perokok vivix wakil Cash on Delivery (COD) wanita hamil woman health set zinc

SUBSCRIBE NOW

Subscribe to our mailing list

* indicates required

Artikel Terkini

Popular Posts